Friday, April 5, 2013
Perlu dan Mahu.
Kita belajar dari kehidupan.
Kejayaan itu bukan tujuan, tapi satu ujian
Untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi Tuhan.
"..bukan semua yang kita nak, kita akan dapat.."
"kenapa? bukankah semuanya tak mustahil jika kita ada usaha, dan Allah pun perkenankan doa kita..? Allah itu Maha Adil. Semua pun tahu."
"Kerana Allah itu adil, maka Allah beri apa yang kita PERLU dan bukan apa yang kita MAHU."
Kerana manusia selalu lupa, nafsu yang mencetus mahu itu kadangkala membawanya jauh dari Pencipta.
Sedang kejadian Allah itu tidak pernah sia-sia, maka Allah jadikan yang PERLU itu besar hikmahnya daripada MAHU..
Jangan pernah menyalahi takdir.
Kejayaan itu ujian,
Kegagalan itupun ujian.
Tiadakah kita lihat, ada masa, yang berjaya itu, di akhir hidup, kufur matinya?
Tiadakah kita lihat, ada masa, yang gagal itu, jatuh dan tidak pernah bangun semula?
Kejayaan bukan penentu jalan ke Syurga,
Kegagalan bukan kunci pintu ke Neraka.
Tapi kedua-duanya nikmat yang diamanatkan kepada hamba.
Maka nikmat Tuhanmu yang mana hendak kamu dustakan?
Allah akan beri kejayaan kepada sesiapa sahaja,
tapi kejayaan yang diredha,
hanya diberi kepada sesiapa yang dipilihNya.
Sekecil-kecil kejadian Allah tidak pernah sia-sia,
biarpun sehelai daun kering yang gugur ke tanah yang garing.
Manusia apatah lagi?
Maka nanti di hujung hidup ini kita bakal tahu.
Allah itu memberi apa yang aku perlu!
karya kecil
Nurul Syifaa Al Haura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment